KOTA BHARU: Polis mendedahkan bahawa mangsa dan suspek kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, semalam, saling mengenali, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, mangsa dan suspek kemungkinan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh sehingga menimbulkan konflik.
Menurutnya, hasil siasatan kes berkenaan kini telah 80 peratus siap dan mangsa dalam kes ini mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau.
"Kemungkinan suspek juga menyasarkan sepupu mangsa yang berada di rumah itu ketika kejadian kerana kereta jenis Perodua Myvi milik sepupu mangsa banyak mengalami kerosakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Back To School dan Majlis Pelantikan Pemimpin Murid di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata polis juga percaya dua suspek yang terlibat dalam kes itu masih berada di negeri ini dan kawalan serta pemeriksaan kini diperketatkan.
Beliau berkata senjata api yang digunakan suspek dipercayai jenis pistol separuh automatik (semi auto) dengan peluru jenis Luger 9 milimeter.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Dilaporkan mangsa dan sepupunya yang sedang tidur terjaga ketika kedengaran bunyi empat das tembakan di luar rumahnya kira-kira 3 pagi semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Dilaporkan mangsa dan sepupunya yang sedang tidur terjaga ketika kedengaran bunyi empat das tembakan di luar rumahnya kira-kira 3 pagi semalam. - Foto Sinar Harian
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Kes tembakan Pasir Mas: Mangsa dan suspek saling mengenali - Polis
Polis mendedahkan bahawa mangsa dan suspek kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, semalam, saling mengenali.